Strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam Malaysia

Strategi pembelajaran kolokasi merupakan strategi yang dipandang sepi dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui bahawa ia adalah strategi dominan yang digunakan dalam kalangan pelajar bahasa asing yang mempunyai keupayaan di tahap sederhana. Kajian ini meninjau tahap penggunaan strate...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lily Hanefarezan Asbulah, Ashinida Aladdin, Maimun Aqsha Lubis, Mus’ab Sahrim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14085/1/28952-102507-1-PB.pdf
Description
Summary:Strategi pembelajaran kolokasi merupakan strategi yang dipandang sepi dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui bahawa ia adalah strategi dominan yang digunakan dalam kalangan pelajar bahasa asing yang mempunyai keupayaan di tahap sederhana. Kajian ini meninjau tahap penggunaan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar bahasa Arab di universiti awam Malaysia. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar bahasa Arab yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam dan sudah berada pada tahun akhir pengajian. Kajian ini menggunakan pensampelan rawak mudah. Seramai 344 orang pelajar daripada lapan buah universiti awam menyertai kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi dalam bahasa Arab adalah dominan walaupun berada pada skala penggunaan yang sederhana. Kajian ini mencadangkan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab yang baru berdasarkan substrategi pengecaman, masteri teknik (kefahaman, pengulangan, penonjolan, kamus, sosial dan imejan) serta aplikasi. Selain dari itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi perlu dimanfaatkan oleh pelajar terutamanya dalam memainkan peranan autonomi bagi meningkatkan kompetensi dalam penggunaan bahasa Arab terutamanya aspek kolokasi.