Persepsi pemegang taruh terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan di kampus universiti

Sistem perkhidmatan pengangkutan merupakan elemen utama dalam sesebuah kampus universiti yang didiami oleh komuniti yang mempunyai ciri yang pelbagai. Komuniti universiti yang terdiri daripada pelajar, staf dan pelawat menjalankan pelbagai aktiviti harian yang menjadikan kampus universiti adalah seb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Aini Mohamed, Asnarulkhadi Abu Samah, Nurul Akhtar Kamaruddin, Jeffrey Lawrence D’Silva, Hayrol Azril Mohamed Shafril, Dzuhailmi Dahalan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14177/1/31770-101660-1-PB.pdf
Description
Summary:Sistem perkhidmatan pengangkutan merupakan elemen utama dalam sesebuah kampus universiti yang didiami oleh komuniti yang mempunyai ciri yang pelbagai. Komuniti universiti yang terdiri daripada pelajar, staf dan pelawat menjalankan pelbagai aktiviti harian yang menjadikan kampus universiti adalah sebagai satu bandar yang sibuk. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan sistem perkhidmatan pengangkutan berdasarkan persepsi pemegang taruh di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik melibatkan 1,373 orang responden yang terdiri daripada pelajar (prasiswazah dan siswazah), staf (akademik, pengurusan dan profesional, pelaksana) dan pelawat dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Analisis data kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan pemegang taruh mempunyai persepsi yang positif terhadap item bagi domain operasi pintu pagar, parkir, dan perkhidmatan bas berdasarkan nilai skor min yang tinggi. Manakala, item bagi domain papan tanda arah, aliran trafik, dan sikap pengguna menunjukkan nilai skor yang sederhana. Kesimpulannya, responden berpuas hati dengan sistem perkhidmatan pengangkutan, namun penambahbaikan masih perlu dilaksanakan selaras dengan misi dan matlamat universiti. Implikasinya, sesebuah kampus universiti yang lestari memerlukan sistem perkhidmatan pengangkutan di kampus yang cekap dan tidak menjejaskan alam sekitar dengan menggalakkan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki. Hal ini akan memberi kesan positif kepada pencapaian universiti secara keseluruhan dan menghasilkan komuniti universiti yang produktif.