Kesinambungan warisan kesenian Langkasuka di Tanah Melayu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesenian Langkasuka iaitu kesinambungan daripada warisan peradaban Merong Mahawangsa di Tanah Melayu, khususnya di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif. Objektif pertama kajian ini adalah menyatakan sejarah Merong Mahawangsa dan kerajaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Izzah Mohd Johari, Tajul Shuhaizam Said, Harozila Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14883/1/jatma-2020-0802-06.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesenian Langkasuka iaitu kesinambungan daripada warisan peradaban Merong Mahawangsa di Tanah Melayu, khususnya di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif. Objektif pertama kajian ini adalah menyatakan sejarah Merong Mahawangsa dan kerajaan Langkasuka secara umum dan ringkas. Objektif kajian yang kedua pula ialah, mengutarakan beberapa objek seni yang dipercayai telah wujud pada era zaman Langkasuka. Manakala objektif yang terakhir ialah, menyenaraikan beberapa objek kesenian Melayu yang dipercayai pengaruh daripada warisan kesenian Langkasuka. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu pemerhatian dan analisis dokumentasi. Data yang dikumpul adalah berdasarkan kepada sumber prima iaitu melalui kajian lapangan. Data juga dikumpul dengan merujuk kepada sumber sekunder iaitu dokumen daripada buku rujukan kajian terdahulu mahupun info daripada laman sesawang. Pengkaji membuat pemerhatian visual ketika di lapangan. Antara kawasan yang dilawati ialah Muzium Negara Malaysia, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka, Muzium Kraf Jalan Conlay, Makam Sultan Mudzaffar Shah, Kedah serta Surau Tok Janggut di Langgar, Kedah. Kepentingan kajian ini adalah untuk menjadi sebahagian rujukan utama kepada pengkajian mengenai kesenian Melayu di Malaysia. Selain daripada itu, hasil kajian ini turut menjadi pengetahuan umum kepada masyarakat tentang kesenian warisan daripada peradaban Langkasuka.