Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi

Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Shaiful Bahri Md. Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14998/1/31303-100743-1-PB.pdf
Description
Summary:Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara bagi memperdaya mangsa untuk kepentingan diri. Data peribahasa ini dikutip daripada Kitab Kiliran Budi susunan Munsyi Sulaiman yang pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1906. Dari segi binaan, motif rupa fizikal sesuatu benda yang cantik menjadi kiasan perbandingan kepada kepura-puraan. Madu dan tebu yang manis dipertentangkan dengan hempedu yang pahit serta potongan pepat-rencong yang berlawanan sifatnya digunakan pula sebagai kiasan perbandingan bagi orang yang berpura-pura menerusi lemah lembut berbahasa. Paduan antara kesesuaian motif dan perilaku yang diungkap itu menyerlah perbezaan antara yang tersurat dan tersirat pada diri yang orang berpura-pura. Jumlah peribahasa ini yang besar dalam perbendaharaan warisan memberikan peringatan tentang betapa jahatnya sikap ini yang boleh membawa kemudaratan masyarakat. Dalam komunikasi, orang yang mahir berperibahasa akan dapat memanfaatkan pengetahuannya dalam menyedarkan masyarakat supaya berhati-hati ke atas orang yang bersifat demikian.