Keterlibatan pelajar dan hubungannya dengan kemahiran insaniah

Pembentukan insan seimbang serta harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan kemahiran insaniah pelajar. Kajian-kajian lepas menjangkakan bahawa keterlibatan pelajar mengarah kepada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, Abd Razaq Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15255/1/38461-126982-1-PB.pdf
Description
Summary:Pembentukan insan seimbang serta harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan kemahiran insaniah pelajar. Kajian-kajian lepas menjangkakan bahawa keterlibatan pelajar mengarah kepada kemahiran insaniah pelajar. Kajian tinjauan ini mengenalpasti tahap dan hubungan keterlibatan pelajar dengan kemahiran insaniah, yang melibatkan 1600 orang pelajar Tingkatan Empat dari empat jenis sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrumen, dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan kedua-dua keterlibatan pelajar dan kemahiran insaniah berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara keterlibatan pelajar dengan kemahiran insaniah. Ini menunjukkan bahawa keterlibatan pelajar menerusi aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah, aktiviti sosial di sekolah dan aktiviti pelajar dalam kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Implikasinya, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan keterlibatan pelajar. Dalam pada itu, pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah bagi membina kemahiran insaniah dalam diri pelajar.