Teknologi masyarakat Minangkabau dalam Perang Padri di Sumatera Barat

Perang Padri merupakan perang saudara yang telah berlaku di Sumatera Barat iaitu di kawasan Minangkabau pada tahun 1803 hinggalah 1838. Ianya berlaku akibat pertelagahan antara kaum yang memegang Adat dan kaum Padri yang berpegang teguh dengan Islam. Pihak Adat kemudiannya bergabung dengan Belanda...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Shafiq Mohd Ali
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15430/1/jatma-2020-0803-05.pdf
Description
Summary:Perang Padri merupakan perang saudara yang telah berlaku di Sumatera Barat iaitu di kawasan Minangkabau pada tahun 1803 hinggalah 1838. Ianya berlaku akibat pertelagahan antara kaum yang memegang Adat dan kaum Padri yang berpegang teguh dengan Islam. Pihak Adat kemudiannya bergabung dengan Belanda untuk menyingkirkan kekuasaan pihak Padri. Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah Belanda mengambil masa yang begitu lama untuk menundukkan perjuangan kaum Padri. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan tentang persediaan yang dilakukan oleh kaum Padri bagi mempertahankan tanah airnya daripada dijajah oleh Belanda. Persediaan pejuang Padri adalah daripada sudut strategi peperangan, binaan kubu pertahanan yang kuat dan juga penggunaan persenjataan. Pihak Belanda sendiri mengakui kesukaran untuk mengalahkan pihak Padri sehinggakan masalah ini sampai kepada raja di Belanda. Boleh dikatakan persediaan yang dilakukan oleh pejuang Padri ini merupakan sebuah pencapaian teknologi atau etno-teknologi bagi masyarakat Minang. Ianya kurang dibincangkan kerana beberapa penulis sebelum ini tidak melihat persiapan ini sebagai suatu bentuk teknologi yang datang daripada pemikiran masyarakat Minangkabau.