Ketidaksepadanan makna dalam terjemahan lirik lagu Jampi
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ketidaksepadanan makna dalam terjemahan lirik lagu Jampi. Pendekatan terjemahan langsung digunakan untuk menjelaskan maksud lirik dengan lebih terperinci. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual bertulis. Data diperoleh dar...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15433/1/jatma-2020-0803-08.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ketidaksepadanan makna dalam terjemahan lirik lagu
Jampi. Pendekatan terjemahan langsung digunakan untuk menjelaskan maksud lirik dengan lebih terperinci. Kajian
ini menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual bertulis. Data diperoleh daripada 13 kumpulan responden
yang dipilih secara rawak dalam Kursus Linguistik dalam Interpretasi dan Terjemahan (BBN3202) semester dua sesi
2017/2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa responden tidak mampu
menterjemah dengan baik kerana responden bukan penutur asli bahasa sasaran (bahasa Inggeris) yang diakibatkan
oleh kurangnya penguasaan terhadap bahasa sasaran. Selain itu gangguan dan percampuran daripada bahasa ibunda
turut memainkan peranan terhadap ketidaksepadanan maksud lagu yang diterjemah. Akhir sekali, kajian menunjukkan
bahawa responden melakukan terjemahan tanpa merujuk kepada kamus yang tepat. Kajian menyimpulkan bahawa
pemilihan kata yang bersesuaian dan berpadanan sangat penting dalam menghasilkan sesuatu terjemahan yang
berkualiti. |
---|