Summary: | Pendidikan nilai dalam keluarga berasaskan pemikiran Ilahiyyah merupakan satu
aspek yang sering dialpakan dalam kalangan masyarakat Islam. Lebih malang lagi
sekiranya pendidikan anak-anak dalam sesebuah keluarga tiada hala tuju yang jelas.
Sewajarnya, didikan dalam keluarga harus dimulakan dengan mendidik nilai dengan
minda serta cara fikir. Pemikiran Ilahiyyah (kognitif) merupakan satu proses mental
dalaman berdasarkan maklumat yang diterima. Artikel ini bertujuan untuk
mengenalpasti elemen mendidik nilai berteraskan pemikiran Ilahiyyah (kognitif)
dalam hidup berkeluarga . Pemilihan pakar seramai 9 orang adalah berdasarkan
kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang kekeluargaan Islam, pendidikan,
akhlak dan nilai. Analisis dapatan kajian menggunakan teknik Fuzzy Delphi.
Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan kesemua 12 elemen mendidik nilai
berteraskan pemikiran Ilahiyyah diterima dan ini kerana data memenuhi syaratsyarat iaitu nilai ambang (threshold value) kurang daripada 0.2 dan peratusan
persetujuan pakar melebihi 75 peratus. Manakala, item menggalakkan sifat tolong
menolong dengan reda merupakan item yang menjadi keutamaan dalam mendidik
nilai berteraskan pemikiran Ilahiyyah (kognitif) dan sikap toleransi ini merupakan
tunjang dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hasilan kajian ini memaparkan
sejumlah elemen mendidik berasaskan nilai Ilahiyyah yang boleh dijadikan panduan
dalam mendidik ahli keluarga untuk mencapai keredaan Ilahi.
|