Perspektif Hamka dan Aristotle mengenai kebahagiaan
Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka. Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagia...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15453/1/40700-129981-1-SM.pdf |
Summary: | Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka.
Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali
kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan
mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagiaan merupakan
isu yang dibincangkan oleh ahli falsafah terutamanya bagi dua orang tokoh pemikir
terkemuka iaitu Hamka (1908-1981 M.) dan Aristotle (384-322 S.M). Kedua tokoh
tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Oleh
itu, makalah ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah
dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil
penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan
cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan
dalam konsep kebahagiaan di antara Hamka dan Aristotle dalam beberapa aspek
tertentu. Hamka melihat kemuncak kebahagiaan dapat dicapai dengan berpandukan
Islam. Manakala Aristotle pula melihat kebahagiaan dapat dicapai berpandukan
penggunaan akal. Oleh itu, kajian ini dapat memberi kefahaman mengenai konsep
kebahagiaan dari segi makna dan cara mencapai kebahagiaan melalui konsep yang
betul. |
---|