Pengetahuan terhadap perkhidmatan ekosistem dan sumbangannya kepada kehidupan komuniti di Kuala Sepetang, Perak

Kemusnahan alam sekitar dan kepupusan biodiversiti telah menjadi suatu isu yang sangat membimbangkan. Keterancaman biodiversiti ini dijangka akan berterusan dan meningkat pada masa akan datang jika tiada tindakan serius yang diambil oleh semua pihak berkepentingan. Kemerosotan dan kepupusan sumber s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azmeer Abu Bakar, Asyirah Abdul Rahim, Mohammad Izzamil Mohd Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15522/1/33879-120421-1-PB.pdf
Description
Summary:Kemusnahan alam sekitar dan kepupusan biodiversiti telah menjadi suatu isu yang sangat membimbangkan. Keterancaman biodiversiti ini dijangka akan berterusan dan meningkat pada masa akan datang jika tiada tindakan serius yang diambil oleh semua pihak berkepentingan. Kemerosotan dan kepupusan sumber semula jadi yang menjejaskan perkhidmatan ekosistem bukan sahaja menjadi isu dan cabaran di peringkat global, malah turut memberi impak kepada Malaysia. Oleh itu, kajian mengenai tahap pengetahuan komuniti dan sumbangan perkhidmatan ekosistem perlu dilakukan dengan memfokuskan kepada empat kategori perkhidmatan ekosistsem iaitu perkhidmatan-perkhidmatan pembekalan, kawal atur, sokongan, dan budaya. Sejumlah 249 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada anggota kuminiti di kawasan Kuala Sepetang, Perak. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik ini, dianalisa dengan menggunakan kaedah Indeks Kepentingan Relatif (RII) dalam menentukan kedudukan item dan kategori. Kajian mendapati tahap pengetahuan komuniti setempat terhadap keempat-empat kategori perkhidmatan ekosistem adalah baik iaitu perkhidmatan pembekalan, perkhidmatan kawal atur, perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan budaya. Sumbangan perkhidmatan ekosistem sokongan menunjukkan sumbangan terbesar dalam kehidupan harian penduduk dan secara tidak langsung membantu dalam kelangsungan hidup. Alam sekitar semula jadi terbukti menyediakan perkhidmatan ekosistem yang sangat penting dan menjadi elemen yang utama dalam kehidupan harian komuniti tempatan. Perkhidmatan ekosistem bukan hanya memberi perkhidmatan kepada manusia tetapi juga menjadi sistem bantuan kehidupan yang berkualiti.