Syair suka duka dalam pelayaran ke Mekah: satu analisis pengkaedahan keagamaan

Artikel ini mengajukan perbincangan tentang syair berunsur Islam, yang menjadi wadah pengarang dalam menyampaikan dakwah kepada khalayak pembaca. Dengan menggunakan naskhah Syair Suka Duka Dalam Pelayaran Ke Mekah sebagai data perbincangan, penulisan artikel ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melay...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syazwani Bederohisam, Zubir Idris
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15534/1/43493-139754-1-SM.pdf
Description
Summary:Artikel ini mengajukan perbincangan tentang syair berunsur Islam, yang menjadi wadah pengarang dalam menyampaikan dakwah kepada khalayak pembaca. Dengan menggunakan naskhah Syair Suka Duka Dalam Pelayaran Ke Mekah sebagai data perbincangan, penulisan artikel ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Artikel ini memfokuskan kepada Teori Pengkaedahan Keagamaan, dengan penjurusan kepada Pendekatan Dakwah yang terdapat di dalam pecahannya, untuk meneliti nilai-nilai Islam yang terdapat dalam naskhah syair. Pendekatan ini berfungsi untuk melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Dapatan kajian memperlihatkan bagaimana naskhah syair ini dapat berperanan sebagai wadah untuk meningkatan “kehambaan”, keimanan, ketakwaan dan ketaatan seseorang hamba kepada Pencipta-Nya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pengisian syair berunsur dakwah yang diterapkan pengarang seperti mengagungkan sifat-sifat Allah, menyeru umat manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar, menekankan kebesaran doa selain memperlihatkan keindahan Baitullah. Nilai-nilai dakwah yang terkandung di dalam Syair Suka Duka Dalam Pelayaran Ke Mekah ini secara langsung menyerlahkan hasrat pengarang menyebarkan dakwah dan fahaman tentang Islam kepada khalayak pembaca, dan sekaligus menggambarkan keagungan Allah serta kebesaran Islam. ..