Summary: | Istilah “Pluralisme Agama” yang digunakan dalam Bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi dalam kelompok
pemikir dan ahli politik. Sebahagian pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada religious plurality iaitu kepelbagaian
agama, manakala sebahagian lagi pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada istilah religious pluralism yang
membawa kepada kecenderungan kesatuan kebenaran agama. Pemahaman di antara kepelbagaian agama dan kesatuan
agama menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Muslim khasnya kecelaruan makna istilah-istilah tersebut berkait
dengan kedudukan agama Islam yang memiliki kebenaran yang nyata. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan
garis panduan asas dalam mencari limitasi antara pengiktirafan kepelbagaian agama atau kesatuan kebenaran agama.
Hasil awal kajian mendapati terdapat empat persoalan asas yang boleh digunakan untuk menjadi antara asas saringan
untuk membezakan pemikiran yang membawa kepada pengiktirafan kepelbagaian agama atau pengiktirafan kesatuan
kebenaran agama iaitu melalui pandangan mereka terhadap punca kewujudan agama, padangan terhadap peranan dan
kedudukan agama-agama lain, pandangan terhadap untuk hidup harmoni dan yang paling penting adalah pandangan
terhadap keperluan berdakwah kepada selain agama yang dianuti.
|