Summary: | Kemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan
khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab
Tafsir al-Quran al-Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar
tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil
kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul
amat signifikan dalam memahami teks tafsir al-Quran al-Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitabkitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syarahannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu
panjang.
|