Summary: | Kebolehupayaan pejalan kaki merupakan salah satu elemen kelestarian yang dapat
memberikan pelbagai manfaat termasuk kesihatan, ekonomi dan perancangan bandar. Di
Malaysia, elemen ini adalah baru dan terhad di kawasan bandar metropolitan yang maju
seperti Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Johor Bahru dan Bandaraya George Town.
Kini, kebolehupayaan pejalan kaki dijadikan sebagai mod pengangkutan aktif yang lestari.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur dan menilai tahap indeks
kebolehupayaan pejalan kaki yang dijalankan di tapak warisan dunia George Town, Pulau
Pinang. Antara indikator dan data guna tanah yang digunakan adalah indeks campuran guna
tanah (entropi), indeks perhubungan dan indeks nisbah bersih perniagaan (tanah komersial).
Indikator ini dianalisis, dinilai dan diintergrasikan dengan aplikasi Sistem Maklumat
Geografi untuk penghasilan peta indeks kebolehupayaan pejalan kaki. Bagi mendapatkan
penilaian indeks kebolehupayaan pejalan kaki yang jitu, kaedah pengesahan di lapangan
dijalankan dengan kaedah temubual di setiap lokasi tertentu. Hasil dapatan kajian ini
mendapati kawasan kajian mempunyai skor tahap kebolehupayaan pejalan kaki yang tinggi,
memudahkan pengguna ke sesuatu destinasi dan menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai
mod pengangkutan yang lestari. Kesimpulannya, kebolehupayaan pejalan kaki yang baik
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan aktiviti pelancongan sedia ada.
|