Faktor penyebab penyisihan sosial dalam kalangan masyarakat berdasarkan sorotan karya bersistematik dan keperluan analisis lanjut daripada perspektif Islam

Penyisihan sosial merujuk kepada penafian akses kepada sistem sosial, termasuk hak dan keistimewaannya yang secara lazim dinikmati oleh setiap individu. Dalam konteks ekonomi, penyisihan sosial berkait rapat dengan masalah kemiskinan, kerentanan dan ketidaksamaan ekonomi. Penyisihan sosial secara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nik Mohd Azim Nik Ab Malik, Shahida Shahimi, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15854/1/40742-130108-1-SM.pdf
Description
Summary:Penyisihan sosial merujuk kepada penafian akses kepada sistem sosial, termasuk hak dan keistimewaannya yang secara lazim dinikmati oleh setiap individu. Dalam konteks ekonomi, penyisihan sosial berkait rapat dengan masalah kemiskinan, kerentanan dan ketidaksamaan ekonomi. Penyisihan sosial secara berterusan bukan sahaja akan melebarkan lagi kesenjangan ekonomi, malah turut menghalang pembangunan ekonomi yang inklusif dan mapan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang menyebabkan penyisihan sosial dalam masyarakat. Dengan mengetahui penyebab kepada penyisihan sosial ini, maka langkah intervensi yang sesuai dapat dilakukan selanjutnya bagi mengatasi isu ini. Kajian ini menggunakan pendekatan sorotan karya bersistematik secara kualitatif berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian lepas utama yang berkaitan diperoleh dan dikenal pasti menggunakan prosedur bersistematik bersumberkan dua (2) pangkalan data jurnal atas talian utama, iaitu Web of Science (WoS) dan Scopus untuk tujuan analisis deskriptif dan bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama penyebab kepada penyisihan sosial dalam kalangan masyarakat ialah; keupayaan modal insan, demografi, ekonomi dan faktor lain. Oleh yang demikian, kesemua faktor tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak penggubal dasar berkaitan dalam merangka dasar pembangunan sosio-ekonomi yang lebih holistik dan komprehensif demi memperbaiki tahap keterangkuman sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya.