Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meramal siri masa CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi
di Kota Kinabalu, Sabah melalui pendekatan kalut. Terdapat empat objektif dalam kajian ini,
iaitu i) untuk mengesan kehadiran dinamik kalut, ii) untuk meramal, iii) untuk
mengaplikasikan kaedah penambahbaikan bagi menentukan nilai jiran terdekat k dan iv) untuk
mengaplikasikan kaedah m-songsang dalam menentukan nilai m pada siri masa CO. Sebelum
menjalankan proses peramalan, sifat data harus ditentukan terlebih dahulu sama ada bersifat
kalut atau tidak. Melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao, sifat kalut hadir dalam siri
masa CO. Oleh itu, model peramalan dibina. Bagi proses peramalan, tiga parameter
diperlukan, iaitu masa tunda τ, matra pembenaman m dan jiran terdekat k. Parameter τ
ditentukan melalui penetapan
= 1
, parameter m ditentukan melalui kaedah m-songsang dan
parameter k ditentukan melalui plot graf pekali korelasi (pk) melawan k. Nilai pk yang
maksimum dihasilkan hasil gabungan parameter adalah direkodkan. Dengan menggunakan
= 1 , m = 3
dan k = 6, nilai pk di antara data sebenar dan data peramalan adalah 0.9641.
Tambahan lagi, perbandingan hasil peramalan dengan menggunakan m-songsang memberikan
hasil peramalan yang lebih cemerlang berbanding dengan nilai m yang diperoleh daripada
kaedah Cao. Hasil peramalan yang cemerlang ditunjukkan apabila menggunakan parameter k
daripada kaedah penambaikan dan m-songsang. Oleh itu, peramalan melalui pendekatan kalut
boleh digunapakai ke atas siri masa CO di Malaysia. Selain itu, diharap peramalan melalui
pendekatan kalut ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran
CO di kawasan dengan taburan penduduk tinggi di Malaysia.
|