Summary: | Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu senantiasa menyeru supaya negara-negara anggotanya membangunkan pelan
tindakan negara masing-masing untuk mencegah ekstremisme ganas. Pelan Tindakan Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN) untuk Mencegah dan Mengatasi Peningkatan Radikalisasi dan Extremism yang Kekerasan
(2018-2025) juga menyarankan negara-negara ASEAN untuk memperkenalkan rang undang-undang yang sesuai
bagi mencegah radikalisasi dan ektremisme ganas. Bagi Malaysia, dalam usahanya untuk memenuhi saranansaranan ini, adalah penting untuk menentukan terlebih dahulu apakah yang dirujuk sebagai ekstremisme
ganas. Sebagaimana istilah keganasan, sehingga kini tidak terdapat definisi ekstremisme ganas yang diterima umum
mahu pun di peringkat antarabangsa atau domestik. Lakuna ini membawa kepada dua keadaan. Pertama, istilahistilah lain yang berkaitan seperti radikalisasi, ekstremisme dan keganasan digunakan secara bergantian bagi
esktremisme ganas. Kedua, sama ada ektremisme ganas merujuk kepada ideologi, tingkah laku atau perbuatan
seseorang dan juga kumpulan. Dalam usaha untuk mencari jawapan bagi kedua-dua isu ini, artikel ini mengguna
pakai metod kualitatif. Metodologi penyelidikan perpustakaan secara doktrinal digunakan sebagai kaedah
pengumpulan data dan maklumat bagi penulisan artikel ini. Akhir sekali, artikel ini merumuskan bahawa satu
definisi yang diterima umum bagi istilah esktremisme ganas adalah perlu agar setiap negara termasuk Malaysia
dapat membangunkan dasar-dasar dan langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan selaras dengan
perkembangan semasa. Kajian selanjutnya mengenai jenis-jenis ekstremis ganas di Malaysia adalah diperlukan
bagi memastikan definisi ekstremisme ganas yang digubal pada masa kelak sesuai dari segi polisi dan
perundangan Malaysia.
|