Summary: | Persuratan Baru sebuah pendekatan sastera telah diperkenalkan oleh Mohd Affandi Hassan dengan niat mencabar idea
dan pendekatan Sastera Islam yang terdahulu. Makalah ini pertamanya membincangkan hal-hal berkaitan gagasan
Persuratan Baru ini seperti faktor kelahiran Persuratan Baru; konsep taklif; hakikat insan, ilmu dan amal; konsep
adab; hakikat sastera dan konsep kalam; estetika Islam dan siratan makna; konsep kiblat; espen; dan pemanfaatan
ruang naratif. Pendukung Mohd Affandi Hassan sering menjadikan karyanya Pujangga Melayu sebagai rujukan untuk
memahami gagasan ini. Namun demikian, seperti yang diperlihatkan dalam tulisan ini, gagasan dan karya Mohd
Affandi Hassan juga tidak terlepas daripada ambiguiti dan ‘idle talk’ yang beliau cuba elakkan.
|