Summary: | Kajian lepas menyatakan bahawa asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian adalah untuk
menyiasat sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan untuk menyiasat hubungan pekerjaan dalam sektor informal dengan menggunakan
kerangka kerja yang diperkenalkan oleh Goss (1991) untuk menafsirkan hubungan pekerjaan dalam
firma kecil yang boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauhmana
majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauhmana pekerja
mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan.
Berdasarkan dua dimensi ini, empat sifat dikenalpasti untuk menyiasat sifat hubungan pekerjaan di
sektor informal iaitu fraternalisme, paternalisme, benevolent autocracy, dan passive acquiescence.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual secara mendalam bersama empat
orang majikan dan empat orang pekerja yang terlibat dalam sektor informal di Lawas, Sarawak.
Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat
benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga
menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Hasil kajian
mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent
autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga
menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ciri-ciri sektor
informal yang bersifat kekeluargaan dan tidak berdaftar yang menyebabkan ketiadaan
perlindungan kepada pekerja merupakan sebab utama yang mencorakkan hubungan pekerjaan
dalam sektor informal. Kajian ini juga turut memberi sumbangan kepada pendefinisian semua
hubungan pekerjaan serta mencadangkan reformasi dasar dalam konteks sektor informal
terutamanya dalam melindungi hak pekerja.
|