Summary: | Kalbu Qalha sebuah novel karya Amelia Hashim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 2017. Novel ini bertolak daripada sejarah negeri Kedah yang disampaikan dalam
bentuk realiti kreatif. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana novel ini boleh
dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah. Kajian ini akan
menggunakan Pendekatan Sejarah yang dikemukakan oleh Hippolyte Taine. Antara konsep
dan prinsip pendekatan ini ialah menilai aspek-aspek yang boleh dianggap sejarah dalam
sesebuah karya yang dibaca. Misalnya dokumentasi, keterangan-keterangan dan gambaran�gambaran yang telah terjadi dalam sesebuah masyarakat atau bangsa. Rakaman
sosiobudaya yang terdapat dalam karya akan diteliti daripada sudut pandang politik,
ekonomi dan budaya. Melalui sudut pandang politik dapat dilihat dari aspek peranan
pemerintah, hubungan diplomatik antara dua buah negara dan peperangan. Dari sudut
pandang ekonomi melihat pada aspek kemajuan ekonomi sesebuah negara, perdagangan dan
kemunduran ekonomi. Manakala dari sudut pandang budaya melihat pada aspek agama,
budaya dan adat sesebuah tamadun. Hasil penelitian didapati karya ini boleh
dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah yang disampaikan
dalam bentuk realiti kreatif.
|