Summary: | Ekopelancongan merupakan produk pelancongan utama di Pulau Langkawi. Kajian ini
dilakukan bagi menganalisis Langkawi sebagai ekopelancongan melalui komentar
TripAdvisor. Berdasarkan perkara tersebut ia menekankan aktiviti selling place dan selling
experience. Dengan ini, ia lebih kepada promosi berasaskan pengalaman atau tempat oleh
pelancong melalui komen pengguna TripAdvisor. Berasaskan analisis kandungan ke atas 300
pengguna online, hasil kajian mendapati bahawa mereka telah menyumbang dalam
mempromosikan Langkawi sebagai destinasi ekopelancongan dunia dalam beberapa aspek.
Antara aspek yang diutarakan seperti promosi yang dijalankan sama ada melalui selling
place atau selling experience. Pada masa yang sama, pengguna TripAdvisor mempromosi
Langkawi berasaskan selling place dan selling experience. Kajian ini berjaya menyerlahkan
komentar pengguna atas talian menjadi salah satu mekanisme yang kukuh dalam
mempromosikan ekopelancongan Langkawi.
|