Penemuan terkini bukti kebudayaan megalitik dan pengebumian tempayan di Sabah

Kajian mengenai kebudayaan megalitik di Sabah telah pun dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu seperti Tom dan Barbara Harrisson serta Peter R. Phelan. Kajian mereka tertumpu kepada tinggalan batu megalit di kawasan pantai barat dan pedalaman seperti di Penampang, Tambunan dan Keningau....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh, Muhammad Termizi Hasni, Zuliskandar Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16709/1/188-318-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian mengenai kebudayaan megalitik di Sabah telah pun dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu seperti Tom dan Barbara Harrisson serta Peter R. Phelan. Kajian mereka tertumpu kepada tinggalan batu megalit di kawasan pantai barat dan pedalaman seperti di Penampang, Tambunan dan Keningau. Kesemuanya boleh dikategorikan sebagai kawasan kediaman masyarakat Kadazandusun yang sinonim dengan aktiviti pertanian padi sawah. Masih belum ada kajian terhadap tinggalan batu megalit yang terdapat di kawasan pergunungan yang sinonim dengan masyarakat Kadazandusun yang menanam padi bukit. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan satu penemuan baharu mengenai tradisi megalitik di Kampung Bundu Gulu dalam daerah Tuaran, Sabah yang mewakili masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kawasan pergunungan. Kajian ini penting untuk melihat sama ada terdapat perbezaan daripada segi bentuk, seni dan fungsi batu megalit dalam kalangan pengamalnya di Sabah. Memandangkan batu megalit tersebut ditemui bersama-sama dengan kubur tempayan maka pengkaji membincangkannya secara bersama dalam kajian ini. Untuk itu, pengkaji telah melakukan satu survei lapangan di samping temubual terhadap individu yang berautoriti di kawasan tersebut. Hasilnya pengkaji mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 5 lokasi batu megalit dan 6 kubur tempayan ditemui di kawasan tersebut.