Pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra, 1857-1898

Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra. Nama Jugra menjadi masyhur dan berperanan penting sebagai pusat pertemuan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad. Jugra juga menca...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorjannah Adam, Adnan Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16710/1/185-319-1-PB.pdf
Description
Summary:Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra. Nama Jugra menjadi masyhur dan berperanan penting sebagai pusat pertemuan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad. Jugra juga mencapai zaman moden di bawah pentadbiran baginda dengan terbinanya pelbagai infrastruktur seperti sekolah, pejabat daerah, penjara, pusat kesihatan dan sebagainya. Namun peranan Jugra sebagai bandar diraja semakin dilupakan setelah kemangkatan baginda. Kesan daripada keadaan tersebut sebahagian besar daripada monumen bersejarah yang terdapat dalam kawasan Jugra mengalami keuzuran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan Sultan Abdul Samad adalah seorang pemimpin yang bergiat aktif dalam pentadbiran dan menyumbang idea untuk kepentingan negeri Selangor khususnya di Jugra. Hal ini dibuktikan dengan tindakan baginda menerima campur tangan British dalam negeri Selangor, keputusan tersebut ternyata telah membawa perubahan besar dalam perkembangan infrastruktur di Jugra. Secara keseluruhannya kajian ini adalah penting untuk menonjolkan peranan yang diamainkan oleh Sultan Abdul Samad sepanjang menerajui pentadbiran Selangor dengan memberi tumpuan kepada Jugra. Kajian ini memberi sumbangan yang bermakna kepada perkembangan Jugra sebagai sebuah bandar bersejarah. Melalui kajian ini masyarakat tempatan akan lebih memahami peranan Almarhum Sultan Abdul Samad dalam sejarah kegemilangan Jugra.