Summary: | Industri muzik di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis muzik dan lagu yang diperdengarkan
kepada masyarakat. Muzik menjadi medium yang dapat menyampaikan sesuatu mesej kepada
masyarakat melalui bait-bait lirik lagu yang ditulis. Lirik berfungsi menerangkan kisah atau
pemikiran di dalam sesebuah lagu serta mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat. Lagu rap
dilihat mempunyai peluang yang besar dalam industri dengan kehadiran penyanyi dan penulis lirik
lagu yang berkualiti. Kajian ini mengkhusus kepada intepretasi dan representasi sosial yang
terkandung di dalam lirik lagu Aman Ra. Kajian ini menggunakan data tiga buah lirik lagu Aman RA
iaitu ‘Tabah’, ‘Budak Flat’ dan ‘Bangun’. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori
Representasi Sosial (1961) oleh Sergei Moscovici. Kajian dijalankan mengikut empat elemen
Representasi Sosial yang diperkenalkan oleh teori, iaitu kepercayaan sepunya, skema, penanda dan
prinsipal. Dapatan kajian mendapati teori ini sesuai digunakan untuk mengenalpasti representasi
sosial di sebalik lirik lagu rap. Hasil analisis mendapati terdapat mesej yang cuba disampaikan
kepada masyarakat dalam konteks yang lebih luas. Lirik-lirik lagu tersebut ditulis dan disulami
dengan mesej dan motivasi yang menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam sesebuah
struktur masyarakat.
|