Teknologi pertukangan Melayu dalam pembuatan kapal tradisional

Kajian ini berfokuskan kepada teknologi pertukangan melayu dalam pembuatan kapal tradisional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami dunia pertukangan Melayu kerana pertukangan Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Terdapat tiga objektif kajian yang telah diken...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Farahana Mohd Zaid, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16785/1/317-Article%20Text-496-1-10-20201005.pdf
Description
Summary:Kajian ini berfokuskan kepada teknologi pertukangan melayu dalam pembuatan kapal tradisional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami dunia pertukangan Melayu kerana pertukangan Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Terdapat tiga objektif kajian yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Pertama, mengenalpasti jenis kapal yang paling mendapat sambutan daripada pelanggan. Kedua, menjelaskan proses-proses pertukangan kapal dan yang ketiga ialah menganalisis teknologi yang digunakan dalam pertukangan kapal. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis kapal tradisional yang dihasilkan oleh tukang kapal. Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan dan menjelaskan proses-proses pertukangan kapal. Pengkaji telah pun mengenalpasti proses-proses pembuatan kapal tradisional daripada informan iaitu tukang kapal itu sendiri. Dan akhir sekali, pengkaji akan mengenalpasti teknologi-teknologi pertukangan kapal sama ada teknologi moden mahupun teknologi terkini. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi dari segi penggunaan mesin dan juga alatan tangan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi iaitu kaedah pemerhatian, kerja lapangan, temubual dan bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Hasil penemuan kajian ini mendapati walaupun teknologi semakin canggih, namun tukang kapal masih menggunakan alatan tangan dalam beberapa proses pertukangan kapal. Ini menunjukkan bahawa tukang sangat menghargai kesenian pertukangan Melayu. Hal ini secara tidak langsungnya dapat mengekalkan kesenian warisan terutamanya untuk generasi yang akan datang.