Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat
kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan
pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh
dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan,
peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah
untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang
berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan
pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu
mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu
pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif
berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan
mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat.
|