Summary: | Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga
memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang
kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering
dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan
aspek kerohanian. Rawatan yang melibatkan kedua-dua aspek ini perlu digabungkan
secara bijak untuk menghasilkan rawatan yang holistik kepada pesakit. Pendakwah
berperanan untuk membantu pesakit mendapat kesejahteraan dari sudut kerohanian.
Terdapat tiga tahap pendekatan dakwah di hospital iaitu nasihat, bimbingan dan
pengukuhan emosi dan psikologi. Oleh kerana hospital menumpukan kepada rawatan
klinikal, maka dakwah dan bimbingan kerohanian dijalankan secara sokongan dan
sukarela. Artikel ini mengemukakan tiga tahap pendekatan ini dan pelaksananya yang
terdiri daripada kakitangan hospital, pegawai yang dikhususkan, ahli keluarga dan
orang luar termasuklah pesakit itu sendiri. Kakitangan dan pegawai perlu mengambil
tanggungjawab ini walaupun mereka mempunyai kerja hakiki di hospital, manakala
ahli keluarga sangat bertanggungjawab dalam memastikan tanggungjawab pesakit terhadap sudut ibadah dipenuhi. Pesakit juga perlu meningkatkan sendiri keyakinan
dan amalan kerohanian supaya kuat menghadapi ujian sakit.
|