Sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Laos

Artikel ini menfokuskan tentang penemuan gendang gangsa iaitu sejenis objek tinggalan kebudayaan masyarakat pada Zaman Logam. Gendang gangsa diperbuat daripada beberapa komponen logam ini telah dijumpai di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan China dengan paparan motif hiasan dalam pelbagai...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Adnan Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16880/1/233-414-1-SM.pdf
Description
Summary:Artikel ini menfokuskan tentang penemuan gendang gangsa iaitu sejenis objek tinggalan kebudayaan masyarakat pada Zaman Logam. Gendang gangsa diperbuat daripada beberapa komponen logam ini telah dijumpai di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan China dengan paparan motif hiasan dalam pelbagai bentuk dan variasi. Objektif artikel ini adalah untuk memaparkan perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di negara Laos sehingga tahun 2014. Ini adalah disebabkan maklumat tentang gendang gangsa di Laos kurang diketahui khususnya dalam kalangan orang awam disebabkan kekurangan maklumat. Dalam usaha untuk menyiapkan tulisan ini, pembacaan dan rujukan telah dilakukan khususnya beberapa buku dan artikel yang berkaitan dengan gendang gangsa di Asia Tenggara dan China. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Laos juga mengamalkan tradisi penggunaan gendang gangsa dalam sosiobudaya mereka dan dipercayai ia bermula semenjak kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson lagi. Penemuan gendang gangsa di Laos melibatkan semua klasifikasi seperti yang diperkenalkan oleh Franz Heger sejak 1902, namun demikian majoritinya adalah gendang gangsa daripada jenis Heger III. Secara keseluruhannya, penemuan gendang gangsa di Laos amat penting dalam menjelaskan perkembangan sosiobudaya masyarakat Laos semenjak dari Zaman Logam dan kaitannya dengan kemunculan kebudayaan Dongson di Vietnam. Dengan adanya tulisan ini diharapkan dapat menjelaskan tentang perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Laos semenjak dari zaman awal sehingga kini.