Pemetaan dan analisis tipologi rekaan mahkota atap masjid tradisional di negeri Melaka

Mahkota atap masjid merupakan hiasan berbentuk 3D yang direka dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Mahkota atap ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu mempunyai tapak asas berbentuk empat persegi, berbentuk piramid, bertingkat, dan mempunyai hiasan sudut. Namun, keunikan mahkota...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfarahhana Ismail, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16885/1/238-424-1-SM.pdf
Description
Summary:Mahkota atap masjid merupakan hiasan berbentuk 3D yang direka dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Mahkota atap ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu mempunyai tapak asas berbentuk empat persegi, berbentuk piramid, bertingkat, dan mempunyai hiasan sudut. Namun, keunikan mahkota atap masjid kini semakin terancam dan bilangannya semakin berkurangan disebabkan segelintir masyarakat yang tidak menerima dan dikatakan tidak sesuai hiasan ini berada pada bangunan masjid kerana mempunyai motif bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, tujuan utama kertas ini adalah untuk memetakan lokasi masjid yang masih bermahkota dan klasifikasi tipologi rekaan mahkota yang terdapat pada mahkota atap masjid di Melaka. Kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif ini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta menggunakan tipologi analisis. Kajian ini dijalankan di seluruh daerah di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron jenis DJI Phantom 3 Standard untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi Google Maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Penggunaan Adobe Ilustrator juga membantu dalam menghasilkan ilustrasi visual rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil kajian telah menemui sebanyak 38 buah masjid tradisional yang masih mempunyai mahkota atap di Melaka. Hasil penemuan ini juga telah mengenal pasti beberapa jenis tipologi reka bentuk yang ditonjolkan pada rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil dapatan ini diharapkan agar perhiasan mahkota atap masjid ini tetap terus digunakan pada bangunan masjid sebagai seni perhiasan yang melambangkan identiti bagi masyarakat Islam tempatan khususnya di Melaka.