Persepsi terhadap perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh kakitangan awam di Putrajaya, Malaysia

Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan terhadap di tempat kerja penting dalam memastikan prestasi keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kadir Arifin, Wan Mohamad Zaidi Wan Isa, Zainor-Akramin Haji Zaini, Amirul Shazli Sahimi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16955/1/46777-151096-1-SM.pdf
Description
Summary:Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan terhadap di tempat kerja penting dalam memastikan prestasi keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa kerja. Kajian ini ingin melihat pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang yang merangkumi dasar keselamatan dan kesihatan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, prosedur keselamatan dan kesihatan, latihan keselamatan dan kesihatan, persediaan tindakan kecemasan, siasatan aduan dan kemalangan serta komitmen dan tingkah laku keselamatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan kaedah borang soal selidik yang diagihkan kepada 259 orang kakitangan pejabat dalam proses pengumpulan data. Hasil dapatan kajian yang diperoleh akan dianalisis secara analisis deskriptif iaitu dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek dasar dan aspek latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menunjukkan skor min paling tinggi berbanding lain-lain elemen iaitu sebanyak 4.44 min. Justeru dapat dirumuskan bahawa dasar dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap selamat.