Pola penggunaan bahasa Melayu dalam Twitter mantan Perdana Menteri ke-enam, Dato’ Seri Najib Razak

Media sosial Twitter adalah medium komunikasi yang kian dikenali saban tahun dan digunakan oleh banyak pihak termasuklah ahli politik untuk dijadikan wadah penyebaran dan penerimaan maklumat. Walau bagaimanapun, jika diperhatikan kebanyakkan ahli politik kurang menitikberatkan penguasaan dan p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Firza Shafiqa Khalid, Normaliza Abd Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16977/1/33755-159611-1-PB.pdf
Description
Summary:Media sosial Twitter adalah medium komunikasi yang kian dikenali saban tahun dan digunakan oleh banyak pihak termasuklah ahli politik untuk dijadikan wadah penyebaran dan penerimaan maklumat. Walau bagaimanapun, jika diperhatikan kebanyakkan ahli politik kurang menitikberatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu melalui ciapan yang dimuatnaik. Bertitik tolak dari permasalahan tersebut, kajian ini memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa yang terdapat di dalam ciapan Twitter ahli politik dengan melakukan beberapa penelitian. Kajian ini menjadikan akaun Twitter milik mantan Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Datuk Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (@NajibRazak) sebagai sampel kajian berdasarkan kepada beberapa kriteria pemilihan. Di samping itu, kajian ini dijalankan berpaksikan Teori Analisis Wacana untuk mengenalpasti kandungan ciapan yang dimuat naik serta menganalisis pola penggunaan bahasa yang digunakan berdasarkan tema yang telah dikelaskan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana kaedah analisis teks dipilih untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan beberapa kandungan yang dikenalpasti dalam penulisan ciapan @NajibRazak dan pola penggunaan bahasa dalam setiap ciapan yang berbeza-beza berdasarkan tiga kandungan yang telah ditetapkan. Penggunaan bahasa yang ditonjolkan di dalam penulisan ciapan Twitter menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh beliau mudah untuk difahami oleh pengguna Twitter mahupun masyarakat. Rumusan kajian menunjukkan bahawa mantan Perdana Menteri Ke-enam ini telah melakukan representasi wacana yang jelas terhadap penulisan ciapan di media sosial Twitter dan diharapkan kajian ini dapat membantu kajian-kajian mendatang khususnya di dalam bidang komunikasi politik.