Pengaruh tingkah laku pengguna terhadap penerimaan produk dan industri akuakultur di Pulau Pinang

Dalam kehidupan harian kita, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan tidak kira dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur. Di negeri Pulau Pinang terdapat kepelbagaian sumber makanan pro...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: See Too, Kay Leng, Narimah Samat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17013/1/44607-143549-1-SM.pdf
Description
Summary:Dalam kehidupan harian kita, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan tidak kira dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur. Di negeri Pulau Pinang terdapat kepelbagaian sumber makanan protein sama ada hasil tangkapan mahupun akuakultur. Namun begitu, terdapat dorongan yang berbeza dalam pemilihan produk makanan laut terutamanya produk akuakultur dalam golongan pengguna di negeri ini. Artikel ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur dan mencadangkan satu kerangka model yang mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk akuakultur dan cara untuk mencapai industri akuakultur lestari. Kajian ini menggunakan teori Planned Behavior sebagai kerangka teoritikal untuk membuktikan faktor kecenderungan tingkah laku pengguna secara berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian mendapati daripada kelima-lima (norma sosial, norma subjektif, amalan, kewangan dan kawalan tingkah laku), faktor norma subjektif adalah faktor utama yang mendorong pengguna menerima produk akuakultur. Seterusnya, berdasarkan kecenderungan faktor tersebut kajian mencadangkan cara untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan industri akuakultur supaya lebih lestari.