Faktor boleh berlakunya kes penghinaan agama di Indonesia

Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau di dalam kumpulan adalah melalui kepercayaan dalam setiap ajaran agama seperti menyimpang daripada ajaran agama yang dimaksudkan telah menyebabkan keresahan untuk kehidupan keagamaan, sehingga dapat menyebabkan kerentanan dalam bidang keharmonisan ag...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zuliyus, Fathur Rezky, Muhammad Adnan Pitchan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17112/1/335-Article%20Text-500-1-10-20201030.pdf
Description
Summary:Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau di dalam kumpulan adalah melalui kepercayaan dalam setiap ajaran agama seperti menyimpang daripada ajaran agama yang dimaksudkan telah menyebabkan keresahan untuk kehidupan keagamaan, sehingga dapat menyebabkan kerentanan dalam bidang keharmonisan agama. Hukum pidana di Indonesia mengenai penghinaan agama masih belum berkuatkuasa dan masih banyak kes seperti ini. pihak atasan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas seseorang yang telah menghina ajaran agama. Isu penghinaan agama ini adalah satu kegiatan yang negatif dan mampu memecah belahkan antara sesama masyarakat. Pendekatan yang diambil secara kualitatif ini menggunakan kaedah kumpulan fokus yang melibatkan 15 orang informan belia yang merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa informan sangat peka tentang isu semasa dan mereka mempunyai pengetahuan mengenai faktor penghinaan agama di Indonesia. Informasi yang dijelaskan oleh para informan juga dititikberatkan bagi menjalankan kajian ini serta pendapat yang diberi oleh mereka terhadap isu ini juga sangat penting bagi menjalankan kajian ini.