Summary: | Penggunaan media sosial tanpa budaya civik dalam kalangan pelajar telah menjerumuskan
ramai pelajar IPTA dalam kancah buli siber. Buli secara maya boleh dilakukan dalam muatnaik
perkataan kejam, gambar dan video mangsa bagi menguggut, menghasut, fitnah, membalas
dendam sehingga pemangsa merasakan dirinya hebat dan berkuasa. Durasi pantas semua
maklumat boleh disebarluaskan dalam kadar pantas dengan jangkauan seluas dunia. Antara
faktor buli siber berlaku dalam awal dewasa ialah cemburu, menanggih perhatian kawan media
sosial, kapasiti ‘jaguh” atau gengster dalam media sosial. Kajian terdahulu lebih mefokuskan
kepada fenomena buli dalam kalangan remaja, pelajar sekolah dan pengguna media massa.
Manakala, amat kurang kajian berkaitan isu buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Objektif
utama kajian ini ialah meneroka impak buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik
pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 6 orang responden telah
dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling).
Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Data temubual berstruktur
dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat lima kesan utama iaitu masalah
emosi, kemurungan, keinginan untuk membunuh diri, kesedihan yang berlebihan, ketakutan dan
perasaan marah tidak terkawal yang ditemukan transkrip responden kajian. Implikasi kajian ini
diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja
sosial dalam mengendalikan kes buli siber di Bahagian Kaunseling Siswa, UKM.
|