Summary: | Isu pengangguran sering diperkatakan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia turut menghadapi isu
pengangguran dalam kalangan graduan.Situasi ini berlaku mungkin disebabkan graduan kurang memberi perhatian
serta tidak menunjukkan minat dan usaha dalam meningkatkan kemahiran kesediaan kerja semasa mengikuti pengajian
di universiti.Justeru, kajian ini menguji kesan regresi kemahiran kesediaan kerja terhadap efikasi kendiri, serta kesan
regresi efikasi kendiri terhadap tingkah laku keusahawanan dan eksplorasi kerjaya dalam kalangan graduan universiti.
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melalui borang soal selidik.Data bagi
sampel kajian diperoleh daripada 197 responden yang dikutip menggunakan kaedah bersemuka dan secara atas talian.
Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 21) digunakan untuk melakukan analisis deskriptif dan
analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran kesediaan kerja mempunyai pengaruh yang signifikanterhadap
efikasi kendiri graduan.Dapatan juga menunjukkan efikasi kendiri mempunyai pengaruh yang signifikanterhadap
tingkah laku keusahawanan dan juga eksplorasi kerjaya.Kajian ini hanya tertumpu kepada faktor kemahiran sedia ada
yang dimilikioleh graduan universiti dalam meningkatkan efikasi kendiri, yang seterusnya mempengaruhi tingkah laku
keusahawanan dan eksplorasi kerjaya. Oleh itu, kajian akan datang perlu melihat kepada faktor-faktor luaran atau
faktor persekitaran pelajar yang mungkin akan membantu meningkatkan efikasi kendiri graduan terhadap eksplorasi
kerjaya dan tingkah laku keusahawanan.
|