Sejarah tempatan sebagai subjek novel Melayu mutakhir

Luka Nering adalah sebuah novel fiksyen sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amir Zakiy Hamzah, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Che Abdullah Che Ya
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17340/1/41152-162075-1-PB.pdf
Description
Summary:Luka Nering adalah sebuah novel fiksyen sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan campur tangan British dalam sistem pemerintahan. Luka Nering terhasil melalui penggabungan antara teks dalaman dan teks luaran. Gabungan ini mengesahkan wujudnya teks dalam sebuah teks atau yang dinamakan dialog antara teks. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, apakah proses dan bentuk kreatif dalam penghasilan Luka Nering memandangkan subjeknya bersandarkan peristiwa Perjanjian Pangkor 1874? Data artikel ini diperolehi melalui kaedah kualitatif. Kaedah kepustakaan diaplikasi sebagai instrumen kajian untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan kertas kerja. Kajian ini menggunakan teori intertekstualiti yang diasaskan oleh Julia Kristeva sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian menemukan bahawa proses pengkaryaan Luka Nering adalah kemasukan dari teks luar, iaitu peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 ke teks baharu. Bentuk peralihan pengkaryaan berlaku dari segi watak dan latar yang mengalami proses intertekstual daripada hipoteks (teks asal) ke hiperteks (teks baru). Watak Sultan Abdullah dalam Perjanjian Pangkor 1874 telah diubah kepada watak TC dan J.W.W. Birch kepada watak Osborne melalui proses ekspansi. Prinsip transformasi melibatkan kehadiran lokasi sejarah, Naning dan Pulau Pinang ke dalam Luka Nering sementara modifikasi melibatkan subjek pahlawan Melayu di Perak daripada teks asal.