Analisis psikometrik Skala Grit-S versi Bahasa Malaysia

Kajian terdahulu telah mengaitkan Grit iaitu ketekunan dan minat untuk jangka masa panjang, sebagai peramal kepada pencapaian. Skala Grit-S telah dibangunkan untuk mengukur ciri-ciri Grit, namun, skala ini tiada dalam versi Bahasa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Azizah Syed Sahil, Haslinawati Hassan, Nurhidayu Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17352/1/39985-158272-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian terdahulu telah mengaitkan Grit iaitu ketekunan dan minat untuk jangka masa panjang, sebagai peramal kepada pencapaian. Skala Grit-S telah dibangunkan untuk mengukur ciri-ciri Grit, namun, skala ini tiada dalam versi Bahasa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik Skala Grit-S versi Bahasa Malaysia yang terdiri daripada lapan item. Seramai 180 orang mahasiswa IPT telah terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen dinilai melalui Cronbach’s Alpha, manakala kedua-dua analisis faktor penerokaan dan pengesahan telah dijalankan bagi mengenal pasti struktur dalaman skala Grit-S. Analisis korelasi pula dibuat untuk mengukur sejauh manakah kesahan diskriminan skala ini dengan skala lain. Dapatan menunjukkan skala ini memenuhi ciri-ciri psikometrik yang baik. Ujian kebolehpercayaan instrumen menunjukkan indeks yang boleh diterima manakala analisis pengesahan faktor menunjukkan model satu jenjang yang mengandungi dua faktor (seperti yang dihipotesiskan) mempamerkan kesepadanan yang baik berbanding model yang lain. Kesahan diskriminan mendapati korelasi negatif antara Grit dengan skala Prokrastinasi sekaligus menghala kepada kajian yang lebih komprehensif antara kedua-dua variabel dengan mengguna pakai sampel daripada IPT dan sekolah. Kesimpulannya, kebolehgunaan skala Grit S versi bahasa Melayu ini telah dibuktikan. Implikasinya, lebih banyak kajian boleh dijalankan dengan mengguna pakai skala ini khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia.