Summary: | Al-Quran mempunyai pelbagai cabang ilmu pengajian. Antaranya ialah ilmu tafsir, ilmu tajwid, ilmu qiraat dan
sebagainya. Pengajian tentang bacaan al-Quran adalah salah satu cabang penting dalam pendidikan al-Quran.
Membaca al-Quran dengan betul, bermakna kita memelihara ketepatan wahyu Allah SWT. Maka, artikel ini
akan membincangkan secara ringkas mengenai al-Quran sama ada dari segi konsep ataupun pengertiannya bagi
menyatakan kemukjizatan dan kesempurnaannya. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan pengumpulan
data berdasarkan kepada kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati, kemahiran, kepandaian dan ketetapan
dalam pembacaan al-Quran perlu diketahui dengan baik mengikut sunnah sebenar. Akhirnya, pembacaan al-Quran dalam pendidikan hari ini turut didapati dan dijelaskan dalam kajian ini bagi menyatakan
kepentingannya. Oleh sebab itulah, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menguasai bacaan al-Quran
dan menjaga kesahihan bacaannya.
|