Kefahaman masyarakat kepulauan terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat kepulauan di Malaysia terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal pada tahun 1971. 484 orang responden (berumur dalam lingkungan 30 tahun ke bawah hingga ke 55 tahun) yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahidi A.H., Muhamad Syahmi Shabri, Rahim Aman, Rozmi Ismail, Ab. Samad Kechot
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17642/1/46592-156959-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat kepulauan di Malaysia terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal pada tahun 1971. 484 orang responden (berumur dalam lingkungan 30 tahun ke bawah hingga ke 55 tahun) yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Labuan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi telah dipilih. Kira-kira 90% responden merupakan kelompok paling aktif dalam arena pembangunan negara manakala 10% lagi terdiri daripada kelompok 55 tahun dan ke atas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian data responden dan bahagian kefahaman responden tentang budaya kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Hasil soal selidik yang lengkap dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences. Analisis data dalam makalah ini berfokus kepada analisis Angkubah Demografi dan Tabulasi Silang. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat kepulauan memahami serta menerima Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dua angkubah sosial yang menyerlahkan perkaitan rapat dengan kefahaman Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ialah angkubah bangsa dan agama. Kajian ini membuktikan bahawa kedua-dua angkubah ini paling signifikan dalam konteks perpaduan antara kaum dan keharmonian di Malaysia. Kajian ini memberi impak yang signifikan terhadap masyarakat multi-etnik yang berkaitan dengan aspek jati diri dan perpaduan kaum, serta kepada pihak atau agensi yang terlibat dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam merangka dasar-dasar yang berkaitan perpaduan kaum pada masa akan datang.