Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang bertujuan membantu guru baharu menyediakan dan mengekalkan bilik darjah sebagai persekitaran yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, persediaan dalam mengurus bilik darjah yang tidak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aney Marinda Muhammad Amin, Norasmah Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17674/1/27584-101955-1-PB.pdf
Description
Summary:Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen utama Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang bertujuan membantu guru baharu menyediakan dan mengekalkan bilik darjah sebagai persekitaran yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, persediaan dalam mengurus bilik darjah yang tidak mencukupi serta kesukaran yang dihadapi dalam mengawal tingkah laku pelajar pada tahun pertama perkhidmatan memberi kesan terhadap amalan pengajaran guru baharu dan seterusnya pembelajaran pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti PPGB serta perbezaannya berdasarkan tahap sekolah. Reka bentuk kajian tinjauan telah dipilih dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara kuantitatif untuk menentukan tahap pengurusan bilik darjah dari aspek persekitaran pembelajaran kondusif, hubungan dan kerjasama dengan pelajar, serta disiplin bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan bilik darjah guru baharu dalam ketiga-tiga aspek tersebut adalah sangat tinggi. Selain itu, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti PPGB berdasarkan tahap sekolah. Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan disiplin pelajar dan menggalakkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, persediaan yang mencukupi di peringkat praperkhidmatan adalah penting bagi menyediakan pengetahuan dan peluang untuk guru baharu mengembangkan kemahiran mereka dalam pengurusan bilik darjah.