Konflik politik semasa pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib

Pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang keempat mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap perkembangan Islam di dunia. Namun begitu, fasa pentadbiran beliau dipenuhi dengan konflik dan cabaran politik yang pelbagai sehingga mencetuskan fenomena politik yang fundamental...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Abrar Md. Isa, Ermy Azziaty Rozali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17697/1/30041-92057-1-SM.pdf
Description
Summary:Pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang keempat mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap perkembangan Islam di dunia. Namun begitu, fasa pentadbiran beliau dipenuhi dengan konflik dan cabaran politik yang pelbagai sehingga mencetuskan fenomena politik yang fundamental dalam catatan sejarah. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji akar konflik dalam konteks politik yang berlaku antara ‘Ali ibn Abi Talib dan semua pihak yang terlibat serta keupayaan dan kebijaksanaan beliau dalam mendepani masalah-masalah tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berteraskan kajian sejarah dan dianalisis menerusi pendekatan deskriptif dan tematik. Analisis kajian membuktikan bahawa akar konflik yang berlaku antara ‘Ali ibn Abi Talib dan rakyatnya adalah berpunca daripada isu pembunuhan ‘Uthman ibn al-‘Affan serta Peristiwa Tahkim antara ‘Ali ibn Abi Talib dan Mu‘awiyah ibn Abi Sufyan yang kemudiannya mencetuskan salah faham dan perbalahan dalam kalangan rakyat.