Summary: | Amonia-nitrogen (NH3-N) dan ortofosfat (PO4
3-) yang terkandung dalam efluen kilang sawit (POME) akan mengakibatkan
ketoksikan kepada hidupan akuatik dan juga menyebabkan sumber air manusia terjejas. Namun, ia dapat digunakan sebagai
baja alternatif untuk tumbuh-tumbuhan sedangkan nitrogen dan fosforus merupakan sumber nutrien yang utuma bagi
tumbuhan. Kajian ini mengkaji kesan pH dan kesan berat sumber magnesium ke atas keberkesanan pengekstrakkan NH3-N
dan PO4
3- daripada POME dalam bentuk struvit (MgNH4PO4•6H2O). Kesan pH terhadap peratus penyingkiran NH3-N
dan PO4
3- dari POME dikaji dengan memanipulasikan nilai pH POME dengan menetapkan berat magnesium chloride
(MgCl2). Manakala, kajian kesan berat MgCl2 terhadap peratus penyingkiran NH3-N dan PO4
3- dari POME dikaji dengan
memanipulasikan berat MgCl2 dengan menetapkan nilai pH POME. Kepekatan NH3-H dan PO4
3− dikenalpastikan dengan
menggunakan spektrofotometer dan struvit yang terbentuk dicirikan dengan menggunakan infra-merah transformasi fourier
(FTIR). Kajian ini menunjukkan pH merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi proses pengekstrakan NH3-N
dan ion PO4
3− dalam bentuk struvit. pH 11.5 merupakan pH optimum untuk mencapai keberkesanan proses pengekstrakkan
NH3-N dan PO4
3- daripada POME dalam bentuk struvit yang maxima. Penambahan kuatiti MgCl2 tidak membawa kesan
yang besar kepada proses pengekstrakan kerana POME telah mengandungi ion magnesium yang mencukupi untuk proses
pengekstrakan. Peratusan penyingkiran NH3-N dan PO4
3− yang tertinggi tercapai pada pH 11.5 dengan penambahan 0.5 g MgCl2, bersamaan dengan 93.72% NH3-N dan 86.15% PO4
3-. Mendakan yang terhasil juga dikenalpasti sebagai struvit
melalui analisis FTIR dengan pembuktian kewujudan ikatan O-H, ikatan N-H, dan ikatan P-O.
|