Faktor-faktor kontekstual yang mempengaruhi amalan kitar semula penjawat awam negeri Melaka

Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjadikan negara Malaysia setaraf dengan negara maju. Selain daripada komuniti, penjawat awam juga dilihat mempunyai peranan yang besar untuk memelihara kebersihan persekitaran di tempat kerja melalui penjimatan perbelanjaan bagi urus tadb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Fazilah Abdul Hamid, Mashitoh Yaacob, Nor Azilah Ahmad, Zubaidah Mohd Nasir, Nadzirah Rosli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17869/1/52292-171707-1-PB.pdf
Description
Summary:Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjadikan negara Malaysia setaraf dengan negara maju. Selain daripada komuniti, penjawat awam juga dilihat mempunyai peranan yang besar untuk memelihara kebersihan persekitaran di tempat kerja melalui penjimatan perbelanjaan bagi urus tadbir negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tujuh faktor kontekstual yang mempengaruhi amalan kitar semula dalam kalangan penjawat awam di negeri Melaka. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik manakala data kualitatif adalah melalui temu bual bagi menyokong data kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan ke atas 365 orang penjawat awam kerajaan negeri Melaka. Dapatan kajian kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 20. Dapatan kajian menunjukkan faktor kontekstual pengetahuan terhadap amalan kitar semula dalam kalangan penjawat awam kerajaan negeri Melaka adalah tinggi (M=4.41; SP=0.65) diikuti dengan menjaga alam sekitar (M=4.29; SP=0.66), pengasingan sisa pepejal (M=3.75; SP=0.69), kempen kitar semula (M=3.71; SP=0.70), menjana pendapatan sampingan (M=3.59; SP=0.70), pengaruh sosial (M=3.50; SP=0.67) manakala faktor kontekstual kemudahan kitar semula (M=3.35; SP=0.91) adalah yang paling rendah. Penemuan hasil kajian ini dapat membantu organisasi dan jabatan untuk mempelbagaikan promosi, kempen dan aktiviti kitar semula bagi mendorong penjawat awam mengamalkan kitar semula dalam konteks yang lebih luas lagi.