Summary: | Penggunaan alat pelindung pendengaran adalah salah satu cara yang efisien untuk melindungi pendengaran
seseorang dari kerosakan akibat bunyi yang kuat. Kajian mengenai sikap kumpulan dewasa awal, terutamanya
dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia terhadap penggunaan alat pelindung pendengaran adalah terhad.
Sehubungan itu, seramai 134 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terlibat di dalam kajian
soal-selidik ini secara dalam talian. Soalan soal-selidik berkaitan penggunaan alat pelindung pendengaran versi
Bahasa Inggeris telah melalui proses terjemahan kehadapan dan kebelakang untuk menghasilkan versi Bahasa
Melayu. Hasil kajian mendapati penggunaan alat pelindung pendengaran di tempat yang memainkan muzik
dengan kuat adalah rendah iaitu sebanyak 11.9% daripada keseluruhan responden. Hubungan antara faktor
sosiodemografi dengan penggunaan alat pelindung pendengaran adalah tidak signifikan (p>0.05). Oleh itu, tidak
terdapat hubungan antara faktor sosiodemografi (jantina dan bidang akademik) dengan penggunaan alat pelindung
pendengaran. Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa pendedahan terhadap kepentingan penggunaan alat
pelindung pendengaran perlu dikembangkan secara lebih meluas untuk meningkatkan penggunaan alat tersebut
di tempat yang terdapat bunyi-bunyi yang kuat sebagai langkah untuk mengurangkan risiko masalah hilang
pendengaran.
|