Persepsi klien terhadap hubungan antara ciri kualiti audit dan jenama firma audit

Objektif kajian adalah untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu kecekapan dan kebebasan dan jenama firma audit. Kecekapan dan kebebasan kualiti audit dipecahkan kepada firma audit dan pasukan audit. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Nasyuha Hashim, Intan Maiza Abd Rahman, Mohd Mohid Rahmat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17927/1/51962-170538-2-PB.pdf
Description
Summary:Objektif kajian adalah untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu kecekapan dan kebebasan dan jenama firma audit. Kecekapan dan kebebasan kualiti audit dipecahkan kepada firma audit dan pasukan audit. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada syarikat tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Sebanyak 74 soal selidik yang telah dikembalikan dianalisis menggunakan kaedah regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan atribut kecekapan firma audit dan kebebasan pasukan audit mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap jenama firma. Manakala kebebasan firma audit dan kecekapan pasukan audit tidak mempunyai hubungan dengan jenama firma. Dapatan kajian ini menyumbang dalam memahami tanggapan pelanggan terhadap kualiti audit samada firma audit atau pasukan audit mempunyai kaitan terhadap jenama mereka, termasuk firma audit Big 4. Pembuat dasar sewajarnya mengambilkira penemuan ini dalam menentukan sebarang bentuk polisi dan peraturan terhadap pengamal profesion pengauditan, khususnya di negara membangun seperti Malaysia.