Analisis proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah

Proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah perlu memenuhi prinsip syariah berkaitan keadilan dan pembuktian bagi memastikan keterangan dokumen elektronik yang dikumpul diterima sebagai asas pensabitan kes di mahkamah. Kegagalan mematuhi dan memenuhi prinsip syariah te...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Azhan Yahya, Hammad Mohamad Dahalan, Suhaizad Saifuddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17979/1/48459-157188-1-PB.pdf
Description
Summary:Proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah perlu memenuhi prinsip syariah berkaitan keadilan dan pembuktian bagi memastikan keterangan dokumen elektronik yang dikumpul diterima sebagai asas pensabitan kes di mahkamah. Kegagalan mematuhi dan memenuhi prinsip syariah tersebut boleh menyebabkan kesahihan keterangan dokumen elektronik boleh dipertikaikan serta tidak dapat membantu mahkamah membuat penghakiman dengan baik. Objektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti prinsip syariah dan peruntukan undang-undang berkaitan dengan pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah dalam Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Objektif kedua kajian adalah untuk menganalisis kelompangan dalam peruntukan undang-undang berkaitan dengan proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah. Objektif ketiga kajian pula bertujuan untuk mencadangkan pindaan ke atas peruntukan undang-undang serta mewujudkan mekanisme yang menyokong pengumpulan keterangan dokumen elektronik untuk menangani permasalahan yang wujud. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perundangan tulen yang melibatkan kajian terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah. Kaedah kajian doktrinal dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang serta mekanisme yang menyokong proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah masih tidak jelas. Kajian mencadangkan agar Prosedur Operasi Tetap (SOP) dibina bagi proses pengumpulan keterangan tersebut agar semua tatacara dan proses terbabit lebih tersusun dan terperinci.