Akad jual beli dalam talian berasaskan prinsip fiqh muamalat

Akad jual beli dalam talian adalah satu bentuk akad jual beli yang dibentuk, dilaksana, digubal dan dinyatakan oleh sistem perisian komputer dengan sokongan rangkaian perhubungan internet melibatkan pihak yang saling berjauhan bagi menyempurnakan sesuatu akad. Akad ini sinonim dengan transaksi melib...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Roshaimizam Suhaimi, Ismail Ahmad, Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ezani Yaakub, Jasni Sulong
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18237/1/JCIL-2021-62-Article-1.pdf
Description
Summary:Akad jual beli dalam talian adalah satu bentuk akad jual beli yang dibentuk, dilaksana, digubal dan dinyatakan oleh sistem perisian komputer dengan sokongan rangkaian perhubungan internet melibatkan pihak yang saling berjauhan bagi menyempurnakan sesuatu akad. Akad ini sinonim dengan transaksi melibatkan aktiviti perbankan, lelongan, jual beli atau lain-lain perkhidmatan seperti penyediaan tapak laman web. Ianya dilaksanakan sama ada melalui pasar maya atau portal, borang dalam talian, media sosial atau emel. Disebabkan akad jual beli dalam talian adalah satu kaedah moden dalam membentuk akad, maka satu penjelasan fiqh yang praktikal diperlukan bagi memastikan prinsip-prinsip yang digariskan dalam fiqh muamalat dipatuhi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti kepatuhan prinsip fiqh dalam akad jual beli dalam talian. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan berasaskan kaedah kepustakaan dengan penelitian karya-karya fiqh dan kajian semasa yang telah dijalankan bagi mendapatkan rumusan dan dapatan yang jelas bagi akad jual beli dalam talian patuh syariah. Seterusnya, hasil kajian merumuskan prinsip-prinsip penting fiqh bagi akad jual beli dalam talian yang dilaksanakan sama ada dalam bentuk bayn al-hadirayn atau bayn al-gha’ibin. Hasil kajian menunjukkan akad jual beli dalam talian yang menghasilkan mesej digital (elektronik) memberi gambaran kepada wujudnya sighah akad secara bertulis.