Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha

Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antara teks’ dalam penghasilan novel Melayu. Dasar hubungan ini dikesani awal dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipur lara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti cerpen dan novel. Kece...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Faiz Sazali, Mawar Safei, Che Abdullah Che Ya
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18379/1/51823-169877-1-SM.pdf
_version_ 1796932836734795776
author Muhamad Faiz Sazali,
Mawar Safei,
Che Abdullah Che Ya,
author_facet Muhamad Faiz Sazali,
Mawar Safei,
Che Abdullah Che Ya,
author_sort Muhamad Faiz Sazali,
collection UKM
description Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antara teks’ dalam penghasilan novel Melayu. Dasar hubungan ini dikesani awal dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipur lara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti cerpen dan novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan ‘intertekstualiti’ iaitu fenomena kewujudan ‘teks dalam sesebuah teks’ atau ‘dialog antara teks’. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada fahaman dialogika Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure. Ia kemudian diperhalusi beberapa sarjana lain seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre dan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Amelia Hashim, Kalbu Qalha (2017) memperlihatkan kecenderungannya terhadap tema dan latar sejarah dengan merujuk beberapa teks seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Manuskrip Undang-Undang Kedah dan Manuskrip Surat Menyurat sebagai sumber utama kajian. Beberapa proses transformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahan-bahan sejarah tersebut. Makalah ini juga memanfaatkan falsafah sejarah yang digagaskan Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemikir terkemuka moden Islam pada abad ke-21 yang masyhur dalam pengkajian sejarah dan kebudayaan Melayu. Tulisan beliau yang banyak terkait dengan sejarah dan kesusasteraan selain ilmu metafizik, teologi, falsafah. Penelitian ini menemukan bahawa intertekstual berperanan dalam strategi kepengarangan Amelia Hashim. Kalbu Qalha gubahannya jelas dibangunkan dari bahan-bahan sejarah. Ia khasnya dimanfaatkan dalam kerja ‘memperbaiki’ sejarah Kedah bagi menyalurkan aspirasi dan semangat mempertahankan harga diri bangsa Melayu dalam kalangan khalayaknya.
first_indexed 2024-03-06T04:38:24Z
format Article
id ukm.eprints-18379
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T04:38:24Z
publishDate 2021
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
record_format dspace
spelling ukm.eprints-183792022-04-13T04:13:06Z http://journalarticle.ukm.my/18379/ Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha Muhamad Faiz Sazali, Mawar Safei, Che Abdullah Che Ya, Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antara teks’ dalam penghasilan novel Melayu. Dasar hubungan ini dikesani awal dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipur lara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti cerpen dan novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan ‘intertekstualiti’ iaitu fenomena kewujudan ‘teks dalam sesebuah teks’ atau ‘dialog antara teks’. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada fahaman dialogika Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure. Ia kemudian diperhalusi beberapa sarjana lain seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre dan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Amelia Hashim, Kalbu Qalha (2017) memperlihatkan kecenderungannya terhadap tema dan latar sejarah dengan merujuk beberapa teks seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Manuskrip Undang-Undang Kedah dan Manuskrip Surat Menyurat sebagai sumber utama kajian. Beberapa proses transformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahan-bahan sejarah tersebut. Makalah ini juga memanfaatkan falsafah sejarah yang digagaskan Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemikir terkemuka moden Islam pada abad ke-21 yang masyhur dalam pengkajian sejarah dan kebudayaan Melayu. Tulisan beliau yang banyak terkait dengan sejarah dan kesusasteraan selain ilmu metafizik, teologi, falsafah. Penelitian ini menemukan bahawa intertekstual berperanan dalam strategi kepengarangan Amelia Hashim. Kalbu Qalha gubahannya jelas dibangunkan dari bahan-bahan sejarah. Ia khasnya dimanfaatkan dalam kerja ‘memperbaiki’ sejarah Kedah bagi menyalurkan aspirasi dan semangat mempertahankan harga diri bangsa Melayu dalam kalangan khalayaknya. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/18379/1/51823-169877-1-SM.pdf Muhamad Faiz Sazali, and Mawar Safei, and Che Abdullah Che Ya, (2021) Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha. Jurnal Melayu, 20 (2). pp. 346-360. ISSN 1675-7513 https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1430
spellingShingle Muhamad Faiz Sazali,
Mawar Safei,
Che Abdullah Che Ya,
Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title_full Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title_fullStr Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title_full_unstemmed Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title_short Hipoteks sejarah dalam novel Kalbu Qalha
title_sort hipoteks sejarah dalam novel kalbu qalha
url http://journalarticle.ukm.my/18379/1/51823-169877-1-SM.pdf
work_keys_str_mv AT muhamadfaizsazali hipotekssejarahdalamnovelkalbuqalha
AT mawarsafei hipotekssejarahdalamnovelkalbuqalha
AT cheabdullahcheya hipotekssejarahdalamnovelkalbuqalha