Summary: | Apresiasi dan pemahaman terhadap perbezaan budaya yang berbeza mampu memupuk persefahaman
dan perpaduan kaum. Salah satu mekanisme bagi memupuk persefahaman ini ialah melalui pelaksanaan
dialog antara budaya di dalam kelas. Dialog antara budaya merupakan interaksi yang berlaku antara
dua pengamal budaya yang berbeza. Kepelbagaian kaum, etnik dan sub etnik di Malaysia menjadikan
dialog antara budaya sebagai medium integrasi dan perpaduan yang penting. Objektif kajian ini ialah
melihat tahap pengetahuan pelajar terhadap budaya popular rakan-rakan dari etnik atau sub etnik yang
berbeza pada sebelum dan selepas aktiviti PPDaB dijalankan. Selanjutnya, meneliti sikap dan persepsi
pelajar terhadap pelaksanaan PPDaB di dalam kelas. Eksperimen ini dilakukan ke atas para pelajar
sarjana muda yang mengambil kursus Hubungan Etnik (CTU 553) di Universiti Teknologi Mara di
Terengganu. Borang soal selidik diedarkan kepada jumlah 71 orang pelajar yang mengikuti kelas ini
di UiTM Terengganu. Analisis statistik dengan ujian min dan sp (sisihan piawai) digunakan bagi
melihat pengetahuan, sikap dan persepsi pelajar terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Hasil
kajian menunjukkan pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu mempertingkatkan tahap pengetahuan,
membentuk sikap yang lebih positif dan minat pelajar kepada skala yang lebih tinggi. Hal ini bermakna
inovasi melalui pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu meningkatkan kefahaman, empati diri dan
pelajar merasa seronok terhadap proses pembelajaran.
|