Kajian ilimiah terhadap proses pembuatan kenaf dengan propilena

Proses pembuatan pada bentuk terawalnya, hanya terdiri daripada seorang pekerja yang mahir dan pembantunya sahaja tetapi, selepas revolusi perindustrian, proses pembuatan menjadi industri berskala besar. Sistem kilang pertama kali diadopsi di Britain pada awal revolusi perindustrian pada akhir abad...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norjamalullail Tamri, Rozli Zulkifli, Che Husna Azhari, Ude, Albert Uchenna
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18940/1/09.pdf
Description
Summary:Proses pembuatan pada bentuk terawalnya, hanya terdiri daripada seorang pekerja yang mahir dan pembantunya sahaja tetapi, selepas revolusi perindustrian, proses pembuatan menjadi industri berskala besar. Sistem kilang pertama kali diadopsi di Britain pada awal revolusi perindustrian pada akhir abad ke-18. Konsep untuk membuat komposit adalah secara acuan terbuka dan tertutup. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji apakah kaedah yang dijalankan oleh pengkaji illimiah di dalam penggabungan polimer propilena dengan bahan sumber alam, Kenaf. Di dapati hampir kesemua pengkaji menggunakan teknik yang hampir sama iaitu proses tekanan panas (hot press) dan pengacuan suntikan (selepas bahan dikampaun). Proses tekanan panas juga dikenali sebagai compression molding atau teknik matched die. Proses ini mirip dengan proses sheet metal forming. Kaedah pengadunan pula menggunakan mesin kompaun adalah untuk mencampurkan dua atau lebih bahan menjadi satu jisim hemogen di dalam satu proses yang berterusan. Dari proses mesin kampaun, palet dihasilkan, maka dari bahan yang berbentuk palet, kaedah pengacuan suntikan digunakan untuk menghasilkan sampel atau dumbbell. Setiap kajian telah membuktikan akan keberkesaann campuran serta teknik pembuatannya, tetapi ianya berakhir di situ sahaja tanpa kesinambungan. Adalah menjadi satu menafaat jika setiap kajian boleh diteruskan dengan menghasilkan produk yang boleh digunapakai di dalam industri. Kebolehgunaan ini akan mendorang para penyelidik untuk berusaha meneroka kaedah atau teknik pembuatan yang lebih mudah tetapi di dalam kos yang rendah.